AKTIVITI 2019

Petunjuk Prestasi Utama Pengarah Kesihatan Negeri 2019

KK Bandar Kuantan telah diberikan Penghargaan Petunjuk Prestasi Utama Pengarah Kesihatan Negeri 2019 dalam Pencapaian Peratus HbA1c ≤6.5% Pesakit Diabetis Jenis 2 Melebihi 30% .

Karnival Kesihatan Komuniti Panel Penasihat KKBK Bersama KRT/KOSPEN Taman Berjaya Permai

Satu karnival kesihatan komuniti telah diadakan di Dewan Orang Ramai Berjaya Permai pada 17 November 2019 anjuran bersama KKBK, Panel Penasihat KKBK dan KOSPEN KRT Taman Berjaya Permai.

Lawatan PKD Pekan ke TBCoE KKBK

Pada 18 Oktober 2019, unit TB CoE KKBK telah menerima lawatan daripada PKD Pekan bertujuan untuk melihat pelaksanaan pusat kecemerlangan Tb di KKBK dan dijadikan panduan dalam melaksanakannya di fasiliti masing-masing

Lawatan PKD Cameron Highland ke TBCoE KKBK

Unit TB CoE KKBK telah menerima lawatan daripada PKD Cameron Highland pada 27 September 2019 bertujuan untuk melihat pelaksanaan pusat kecemerlangan Tb di KKBK dan dijadikan panduan dalam melaksanakannya di fasiliti masing-masing.

Pameran Kenali Ubat Anda

Pameran Kesihatan Bulan Ogos 2019 bertemakan ‘Kenali Ubat Anda’

LAWATAN TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

Pada 15 April 2019, KKBK dengan berbesar hati telah menerima kunjungan dari Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, YBhg. Dr. Lee Boon Chye.

INISIATIF KE ARAH MEREALISASIKAN KKBK SEBAGAI TB CoE

Pada 18 Mac 2019, telah dirasmikan Inisiatif Ke Arah Merealisasikan Klinik Kesihatan Bandar Kuantan sebagai Pusat Kecemerlangan Tibi (TB CoE) Negeri Pahang menjelang tahun 2021. Perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Dato' Indera Dr. Sha'ari bin Ngadiman.

Gotong Royong Perdana 2019

Gotong Royong Perdana & Mesyuarat Kakitangan telah diadakan pada 17 Mac 2019.

Perasmian Cabaran 100 Hari 2019 Anjuran Bersama KiUB

Perasmian Cabaran 100 Hari 2019 Anjuran Bersama KiUB

Hits: 323

Tempah Temujanji Sekarang
Call Now Button