Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan di Wisma Belia Kuantan

Seiring dengan perlaksanaan Program Vaksinasi Covid-19 yang dijalankan di seluruh negara, Pahang juga tidak terlepas dari menjalankan program tersebut apabila program vaksinasi fasa kedua telah berjaya dijalankan bertempat di Wisma Belia, Indera Mahkota, Kuantan. 

Program tersebut yang bertujuan untuk mewujudkan imuniti kelompok dalam komuniti khususnya bagi warga Kuantan telah mendapat sokongan yang amat memberangsangkan. Kehadiran yang direkodkan untuk mengambil vaksin bagi dos pertama dan kedua kian meningkat dari semasa ke semasa seterusnya memberi indikasi peningkatan tahap kesedaran warga Kuantan dalam membendung wabak Covid-19.

Program yang julung kalinya diadakan ini juga telah mendapat kerjasama dari petugas barisan hadapan dari Klinik Kesihatan Bandar Kuantan bersama-sama Klinik Kesihatan yang lain di daerah Kuantan serta beberapa sukarelawan dari pelbagai pihak yang berganding bahu demi menjayakan program ini.

“Lindungi diri, Lindungi Semua”

Hits: 3823

Majlis Perpisahan Staff KKBK

Pada tanggal 7 Ogos 2020, satu majlis perpisahan di adakan di bilik mesyuarat Klinik Kesihatan Bandar Kuantan bagi meraikan serta memberi penghargaan kepada warga KKBK yang akan bekerja di tempat baharu. Semoga segala ukhwah dan kenangan akan terus di simpan di jadikan kenangan bersama-sama.

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Selamat Maju Jaya di ucapkan kepada :

1) Dr Nursiah Bt Muhd Dom
2) Dr Hakimah Amni Bt Muhammad Razif
3) En Muhammad Azzim Bin Izuddin
4) Pn Nur Hafizah Bt Mohd Yasin
5) Pn Ummi Nazira Bt Johari

Hits: 420

Lawatan YBMK

Tanggal 3 Jun 2020, KKBK dengan berbesar hati telah  menerima lawatan  sempena Jelajah Negeri Bersama YB Dato’ Sri Dr Adham Bin Baba, Menteri Kesihatan dalam usaha Perang Menentang Covid19.

Sepanjang lawatan tersebut, beliau telah memberi respons dan sokongan yang positif dengan usaha KKBK dalam usaha membendung penularan kes Covid19 dan Pengamalan Norma Baharu di KKBK .

 

Hits: 325

Terima Kasih & Penghargaan

Sepanjang Pandemik global Coronavirus, Klinik Kesihatan Bandar Kuantan dengan berbesar hati telah menerima sumbangan pelbagai bentuk daripada pelbagai pihak seperti Personal Ptotective Equipment (PPE), makanan dan minuman, kipas, pendingin hawa, khemah, kerusi dan meja, thermometer, dan lain-lain keperluan yang diperlukan bagi melancarkan usaha pencegahan dan penularan wabak Covid-19. 

Setinggi-tinggi penghargaan daripada kami di atas keprihatinan dan sumbangan yang telah diberikan.

Hits: 303

Aktiviti Pengambilan Sampel Covid-19

Sejak Malaysia dilanda wabak Covid-19 pada bulan Februari 2020, KKBK telah secara aktifnya terlibat dalam pengambilan sampel untuk mengesan pesakit-pesakit yang disyaki membawa virus maut itu. Sehingga pada tarikh artikel ini ditulis, lebih daripada seribu sampel Covid-19 yang telah diambil di KKBK.

#kitajagakita

#stayathome

MASS SAMPLING

ACTIVE CASE DETECTION

HOME SAMPLING

INSTITUTION SURVEILLANCE

Hits: 310

MAJLIS HI TEA SANJUNGAN BUDI SIHAT LESTARI

Pada 1 Mac 2020, satu majlis perpisahan dan penghargaan telah diadakan  untuk meraikan warga KKBK yang telah dan akan bersara serta bertukar tempat bertugas dari bulan September 2019 sehingga Mei 2020. Majlis yang telah dianjurkan oleh Kelab Kebajikan KKBK telah diadakan di dewan D’banquet by Cathayana. Seramai 4 orang warga KKBK yang telah dan akan berpencen:

  1. CC Sarimah binti Daud
  2. PPK Hasyimah binti Yon
  3. PPP Hj Che Azimi bin Che Soh
  4. PK Rashid bin Jaafar

11 orang warga KKBK lagi bertukar tempat bertugas iaitu:

  1. PF Norita binti Omar
  2. CC Ratna Hidayu binti Ahmad
  3. PF Tou Pui Yee
  4. PF Nurulhidayah binti Mohd Khairudin
  5. JXR Nurul Ain Syazana binti Majid
  6. PPK Fatimah Embok Ekok
  7. PF Ruzmayuddin bin Mamat
  8. KJK Kamisah binti Kassim
  9. PPF Noor Afiza binti Baharin
  10. PPP Wan Mohd Zailani bin Wan Arbi
  11. JM Noor Ima Sazwana binti  Azamey

Hits: 403

Pelancaran Program Cabaran 2020 Anjuran KiUB

16 Februari 2020 telah diadakan Majlis Pelancaran Program Cabaran 2020 Sihat Bersama Kelab Ideal Unggul Beserah(KiUB) bertempat di Taman Gelora dari jam 8.oo pagi -11.00- pagi. 

Program ini mencari pemenang Biggest Loser 2020 dimana peserta yang berjaya menurunkan berat badan secara sihat lebih daripada 10 kg berpeluang memenangi RM1000. Program ini akan berlanjutan sehingga Dimulakan dengan saringan kesihatan oleh KKBK, sesi Aerobic, diikuti pelancaran Program Cabaran 2020 oleh Pengerusi KiUB, Dr Adienuar Bin Ahmad Norawi @ Mohamed dan diakhiri dengan sesi cabutan bertuah. 

Hits: 334

Sambutan Hari Warga Emas KKBK

Pada 27 Disember 2019, unit Fisioterapi KKBK telah menganjurkan Minggu Penutup Program Warga Emas 2019 dan Sambutan Hari Warga Emas KKBK bertempat di bilik mesyuarat KKBK. 

Program Warga Emas Sihat Ceria ini telah berlangsung sepanjang tahun pada setiap hari Jumaat minggu keempat setiap bulan. 

Antara intipati program ini termasuklah:

  1. Saringan Kesihatan
    • Saringan BSSK
    • Saringan Risiko Jatuh
    • Saringan Antropometri [(BMI), Ukurlilit Pinggang/ Punggung, Peratusan Lemak Badan]
    • Tekanan Darah, Saringan Dxt
  2. Sesi senamrobik (Aerobic vs Chairobic)
  3. Therapeutic Break
  4. Ceramah Pendidikan Kesihatan
  5. Ujian Kecergasan Warga Emas
  6. Outdoor Activities
  7. Sambutan Hari Lahir/Jamuan Hari Raya

Untuk Maklumat Lanjut

Hits: 386

Petunjuk Prestasi Utama Pengarah Kesihatan Negeri 2019

10 December 2019

KK Bandar Kuantan telah diberikan Penghargaan Petunjuk Prestasi Utama Pengarah Kesihatan Negeri 2019 dalam Pencapaian Peratus HbA1c ≤6.5% Pesakit Diabetis Jenis 2 Melebihi 30% . Penghargaan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Kesihatan daerah Kuantan, Dr Fatimah A. Majid ketika Perhimpunan Pagi PKD Kuantan.

Hits: 295

Tempah Temujanji Sekarang
Call Now Button