Hits: 339
Aktiviti Dalam Komuniti
Jom Gempur HbA1c -Sesi November 2018
by kkbkadmin
Jom Gempur HbA1c merupakan satu inisiatif Unit NCD/DRC KKBK dalam menangani pesakit Diabetes kearah kawalan yang lebihg baik. Pesakit Diabetes yang terpilih diberi kaunseling dan tunjuk ajar secara berkumpulan mengenai setiap aspek penting dalam pengendalian penyakit Diabetes termasuklah dari segi ubat-ubatan, pemakanan, aktiviti fizikal, penjagaan kaki, komplikasi.
Hits: 305
Sambutan Hari AIDS Sedunia 2018
by kkbkadmin
13 November 2018 telah terpilih sebagai Sambutan Hari AIDS Sedunia Peringkat PKD Kuantan pada tahun ini. Sambutan ini telah dianjurkan oleh Unit HIV/AIDS PKD Kuantan dan diadakan di Ruang Legar Kuantan Parade Kuantan. Pelbagai aktiviti dan pameran kesihatan telah diadakan termasuklah Pertandingan Poster, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Explorace, Derma Darah.
Pn Tou Pui Yee, Pegawai Farmasi KKBK yg telah menyertai Pertandingan Poster bertemakan ‘Ending Aids 2016-2013. Together We Can End AIDS Epidemic By 2030’ berjaya meraih tempat kedua. Selain beliau, terdapat 17 penyertaan lain daripada warga KKBK.
Hits: 519
KEM KESIHATAN KOMUNITI PANEL PENASIHAT KKBK
by kkbkadmin
6 Oktober 2018
Kem Kesihatan Komuniti Panel Penasihat telah diadakan pada hari sabtu 6 Oktober 2018 di Sek Keb Bukit Sekilau anjuran bersama Panel Penasihat KKBK, KOSPEN, KRT Bukit Sekilau dan JKKK Bukit Sekilau.



























































Previous
Next
Hits: 263
Jom Perangi HFMD
by kkbkadmin
Kempen Jom Perangi HFMD telah diadakan oleh kakitangan KKBK bertempat di Taman Gelora pada 12 Ogos 2018 (Ahad) bertujuan meningkatkan kesedaran awam berkenaan penyakit Tangan, Kaki & Mulut (HFMD) dan cara pencegahan.
Aktiviti yang dijalankan termasuklah edaran risalah dan demonstrasi 7 Langkah Cuci Tangan.
Hits: 332