Soft Skill CoE

Soft Skill ( kemahiran insaniah) merupakan kemahiran yang perlu dalam interaksi yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Soft Skill amat perlu untuk membangunkan modal insan yang unggul dan kompeten. Anggota kesihatan yang mempunyai soft skill diharapkan dapat menjadi komited dan menjalankan tugas dengan kompeten, penyayang dan cekap. Ini penting kerana imej dan integriti KKM adalah bergantung kepada perkhidmatan yang diberikan oleh anggota kesihatan itu sendiri.

Soft skill ini boleh dianggap berbeza dari komunikasi lisan kerana ia bukan saja melibatkan penghantaran mesej dan menerima maklumbalas tapi juga melibatkan emosi individual yg terlibat. Soft skill ini dibangunkan berasaskan budaya korporat kementerian kesihatan.

Objektif Pusat Kecemerlangan Soft Skill di KK Bandar Kuantan ialah bagi melahirkan warga KK Bandar Kuantan yang membudayakan Soft Skills untuk kepuasan pelanggan. 

Tujuan pengukuhan soft skill terhadap anggota kesihatan untuk diamalkan dalam kerja seharian
   1. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi semasa berinteraksi dengan orang lain.
   2. Memahami potensi diri sebagai agen perubah.
   3. Mengasingkan masalah dalaman diri dengan kerja harian.
   4. Menguruskan tekanan dan kemarahan dengan betul.
   5. Meluahkan pendapat secara bijak dan yakin.
   6. Membina semangat kerja berpasukan yang kukuh serta harmoni dalam mencapai matlamat organisasi.

 

Elemen-eleman budaya korporat yang
difikirkan penting untuk diberi penekanan
yang lebih adalah seperti berikut:
 1. Konsep kendiri
 2. 10 s dan Ketrampilan Diri
 3. Kecerdasan Emosi dan Spiritual (ESQ)
 4. Komunikasi dan negosiasi
 5. Pengurusan Emosi
 6. Pengurusan Masa
 7. Kepimpinan
 8. Membudayakan Ilmu.

Hits: 1592

Call Now Button