Satu karnival kesihatan komuniti telah diadakan di Dewan Orang Ramai Berjaya Permai pada 17 November 2019 anjuran bersama KKBK, Panel Penasihat KKBK dan KOSPEN KRT Taman Berjaya Permai.
Karnival ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan kepada golongan yang disasarkan iaitu penduduk KRT Taman Berjaya Permai serta penduduk di sekitarnya.
Karnival ini juga diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan dengan menerapkan pelbagai elemen kesihatan kepada penduduk setempat dan komuniti terutamanya penyakit Tibi dan Diabetes.
Saringan Kardiovaskular termasuklah paras gula dalam darah, tekanan darah, BMI, saringan rokok dan alkohol oleh sukarelawan KOSPEN, konsultasi oleh Pegawai Perubatan, saringan Minda Sihat oleh unit pemulihan carakerja.



Demonstrasi Cuci Tangan dan Pameran Kebersihan Tangan
Saringan Katarak dan pemeriksaan fundus oleh Jabatan Oftalmologi HTAA.
Pameran Diabetes oleh Diabetic Resource Center KKBK
Ujian Kecergasan Warga Emas & Pertandingan Tok & Wan Perkasa oleh unit Fisioterapi
Pameran TB dan Saringan TB
Pertandingan Mewarna
Pameran Kesihatan Pergigian dan Pemeriksaan Gigi oleh Klinik Pergigian Bandar Kuantan sempena Minggu Kesedaran Kanser Mulut.
Pameran Klinik Berhenti Merokok
Pameran Kenali Ubat Anda oleh unit Farmasi KKBK.
LPPKN juga turut serta dalam menyediakan perkhidmatan saringan Pap Smear, paras kolesterol dalam darah, serta Mama Care
Forum bertajuk ‘Kawal Diabetis, Cegah Komplikasi’ bersama ahli panel yang terdiri daripada Dr. Adienuar Ahmad Norawi @ Mohamed( Pakar Perunding Perubatan Keluarga KKBK), En Ilman Hadree Idris ( Pegawai Dietetik KKBK), dan En Usoluddin Ariffin (wakil pesakit Diabetis) serta Moderator, Dr Amar Abd Jabar(Pegawai Perubatan KKBK)
Majlis Perasmian Penutup yang dirasmikan oleh Tn Hj Mohamed Bin Hassan, ahli Panel Penasihat KK Bandar Kuantan.
Hits: 440