Perutusan Pegawai Yang Mentadbir

Dr Nurul Adlin Abdul Halim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan Selamat Sejahtera .

Selamat datang ke laman web rasmi Klinik Kesihatan Bandar Kuantan (KKBK), Pahang Darul Makmur. Saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi, Alhamdulillah setelah bertungkus lumus, dengan izin-Nya laman sesawang rasmi KKBK berjaya dilancarkan.

Pembangunan laman web KKBK ini adalah bertujuan untuk memudahkan masyarakat memperoleh maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan di fasiliti kami, mengetahui program-program yang dianjurkan oleh pihak kami, isu kesihatan semasa dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di fasiliti kami. Laman sesawang KKBK ini juga adalah merupakan satu lagi usaha dalam mempertingkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan.

Adalah menjadi harapan kami agar laman web rasmi ini dapat memberi maklumat penting dan bermanfaat kepada pelanggan.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan penting dalam pembinaan laman web rasmi Klinik Kesihatan Bandar Kuantan (KKBK). Semoga dengan adanya laman sesawang ini segala informasi boleh dikongsi bersama dan dimanfaatkan sewajarnya.

Selamat melayari laman web rasmi Klinik Kesihatan Bandar Kuantan.

Sekian, Terima Kasih.

Dr. Nurul Adlin Binti Abdul Halim
Pegawai Perubatan Kesihatan & Pentadbir UD54
Klinik Kesihatan Bandar Kuantan.

 

Hits: 850

Tempah Temujanji Sekarang
Call Now Button