PIAGAM PELANGGAN
Kami berikrar akan memberi perkhidmatan yang Cepat, Cekap dan Bermutu berlandaskan ciri-ciri Khidmat Penyayang, Profesionalisme dan Berpasukan
Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan seperti berikut:
Pendaftaran beserta nombor giliran dalam masa 30 minit.
Pelanggan akan diperiksa dalam masa 90 minit.
Pelanggan akan diperiksa/dirawat mengikut giliran kecuali:
Kes-kes kecemasan
Orang kelainan upaya (OKU)
Warga tua 65 tahun ke atas
Penderma darah
Rujukan akan dibuat kepada bahagian-bahagian tertentu bagi pesakit yang memerlukan nasihat rawatan khusus atau perlu dirujuk ke hospital.
Tarikh temujanji/surat rujukan/preskripsi ubat akan dibekalkan kepada pesakit jika diperlukan.
Pelanggan boleh membuat sebarang cadangan melalui borang yang terdapat di Peti Cadangan di Kaunter Pendaftaran Utama.
Hits: 1473