FISIOTERAPI

Latar Belakang

Fisioterapi merupakan satu profesion yang mantap dan dinamik menggunakan pelbagai teknik rawatan untuk memulihkan pergerakan dan fungsi badan. Unit Fisioterapi di Klinik Kesihatan Bandar Kuantan terletak di Tingkat 1, berdekatan dengan Bilik Mesyuarat Klinik. Klinik ini mula beroperasi sepenuhnya mulai Januari 2015 setelah mendapat kelulusan untuk menggunakan Bilik Rekod, Ruang menunggu dan Bilik Pegawai Fisioterapi sebagai Unit Fisioterapi Klinik Kesihatan Bandar Kuantan.

Strategi

Tujuan pembukaan unit ini di Klinik Kesihatan Bandar Kuantan adalah untuk:

• Menyediakan perkhidmatan rawatan fisioterapi kepada penduduk sekitar dan kakitangannya di Klinik Kesihatan Bandar Kuantan

• Menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap dan komprehensif bagi keperluan pesakit.

• Memperluaskan perkhidmatan sokongan di dalam pemulihan komuniti.

  1. Skop Perkhidmatan Fisioterapi di Kesihatan Primer merangkumi bidang berikut :
  • Promotif dan Preventif
  • Kuratif dan Rehabilitatif
  • Perkhidmatan Perawatan Domisiliari
  • Perkhidmatan Komuniti
  • Pengurusan dan Pentadbiran
  1. Kumpulan Sasaran Skop Perkhidmatan Fisioterapi : 
  • Pesakit luar
  • Kanak- kanak dan Ibu Mengandung
  • Kanak-kanak Berkeperluan Khas
  • Remaja dan kanak-kanak sekolah
  • Kesihatan Lelaki dan Wanita
    (khas bagi fisioterapis yang credential sahaja kecuali kes yang tidak kompleks)
  • Warga Emas
  • Golongan pekerja
  • Kawalan Penyakit Berjangkit/Tidak Berjangkit (NCD)
  • Ibu Bersalin
  • Perkhidmatan Rehabilitasi perlu melalui sistem rujukan di mana pesakit akan dirujuk oleh Pakar, Pegawai Perubatan/Kesihatan atau Pegawai Pemulihan/Jurupulih Perubatan Fisioterapi dari klinik-klinik kesihatan dan hospital kerajaan sahaja.
  • Pesakit yang dirujuk daripada klinik/hospital swasta perlu mendapatkan surat rujukan daripada Pakar, Pegawai Perubatan/Kesihatan atau Jurupulih Fisioterapi dari klinik-klinik kesihatan dan hospital kerajaan terlebih dahulu.
  • Semasa pendaftaran, pembayaran dibuat mengikut Akta Fee Ordinance (Medical ) 1982 dan semua pekeliling  berkenaan caj rawatan yang berkaitan dan terkini (Seperti di Lampiran)      
  • Setiap pendaftaran temujanji dan pembayaran perlu dilakukan di Kaunter Pendaftaran di Jabatan Pesakit Luar
  • Perlu membawa borang rujukan ke Unit Fisioterapi untuk mengambil temujanji kali pertama.
  • Pesakit perlu hadir untuk menerima rawatan, ke unit pemulihan bagi mendapatkan rawatan. Pesakit akan diberi temujanji seterusnya setelah tamat sesi rawatan.
  • Discaj Pesakit – Pesakit akan discaj setelah sembuh dari penyakitnya atau bila di fikirkan perlu oleh Ahli Fisioterapi. Mana–mana pesakit yang berhenti/tamatkan rawatan secara sendiri adalah di atas tanggungan pesakit itu sendiri.
  • Sesebuah unit perlu ada seorang ketua untuk menguruskan segala urusan pentadbiran, pengurusan dan rehabilitasi unit.
  • Peruntukan perkhidmatan pada waktu bekerja biasa mengikut jadual.
  • Unit ini beroperasi pada:
    Isnin – Khamis : 8.00 pg – 1.00 ptg
                                 2.00 ptg – 5.00 ptg
    Jumaat             : 8.00 pg – 12.15 tghari
                                 2.45 ptg – 5.00 ptg
  • Staf perlu merancang aktiviti yang dijalankan – berkhidmat di luar waktu pejabat/pada hari Pelepasan Am ketika menjalankan program-program promosi yang berkaitan

Aktiviti

Pesakit Luar

  • Penerimaan Rujukan Dan Pemberian Temujanji.
  • Rawatan Pesakit Luar
  • Pendidikan Pesakit/Keluarga

Program Kesihatan

  • Program Antenatal Dan Postnatal
  • Program Kanak-Kanak Keperluan Khas
  • Program PDKKu Sihat (NBOS7)
  • Program Perkhidmatan Domisiliari (PPD)
  • Program Lawatan Ke Rumah
  • Program Warga Emas (NBOS7)
  • Program Pengurusan Berat Badan
  • Program Sekolah
  • Kem Kesihatan/ Program Promosi

PERAWATAN PESAKIT

  • Setiap pesakit mesti dirujuk oleh doktor
  • Rawatan Fisioterapi hanya akan diberi mengikut temujanji kecuali pesakit yang memerlukan rawatan segera
  • Setiap pesakit akan dikenakan bayaran rawatan kecuali mempunyai surat akuan yang boleh digunakan untuk pengecualian bayaran
  • Penilaian klinikal bagi pesakit baru akan dilakukan dan didokumentasikan dengan menggunakan borang penilaian yang bersesuaian dengan kondisi pesakit mengikut sistem ‘Problem Oriented Medical Report’ (POMR)
  • Setiap pesakit diberi penerangan yang  mencukupi mengenai rawatan yang  akan diberi dan pesakit berhak untuk tidak menyetujuinya
  • Rawatan Fisioterapi yang bertepatan akan diberikan berdasarkan hasil penilaian klinikal
  • Penilaian semula akan dibuat pada setiap sesi rawatan
  • Dokumentasi penilaian dan rawatan akan dibuat pada setiap sesi rawatan  dengan menggunakan format Subjective, Objective, Analysis & Plan (SOAP),  di continuation sheet dikepilkan kedalam kad rawatan serta ditandatangani dengan jelas oleh Ahli Fisioterapi yang merawat
  • Pendidikan pesakit dan program senaman kendiri untuk dilakukan di rumah akan diberikan pada setiap pesakit
  • Temujanji susulan akan diberikan oleh Ahli Fisioterapi yang merawat
  • Jika pesakit tidak dapat menepati tarikh temujanji 2 kali berturut-turut atau melebihi 2 bulan dari tarikh temujanji akhir, pesakit perlu mendapatkan rujukan baru dari doktor
  • Setiap pesakit akan diberi maklumat mengenai peraturan–peraturan di Unit Fisioterapi yang perlu dipatuhi

MELIBATKAN DIRI DENGAN AKTIVITI KOMUNITI (PROMOTIF / PREVENTIF) YANG DIRANCANG PERINGKAT KESIHATAN PRIMER SEPERTI:

  1. Kempen-kempen dan aktiviti cara hidup sihat
  2. Kempen kesedaran mengenai risiko kecederaan pada warga emas, kanak-kanak, remaja dan golongan pekerja serta langkah-langkah pencegahannya.
  3. Mengimplimentasi program pendidikan kesihatan melalui ceramah/bengkel dan pengedaran risalah yang berkaitan.
  4. Memberi tunjuk ajar dan khidmat nasihat mengenai senaman kecergasan dalam program seperti “Cara Hidup Sihat, Mental Sihat dan Pencegahan Obesiti”
  5. Mengenalpasti faktor-faktor risiko dan cara mengelakkannya dalam kes muskuloskeletal dan lain-lain melalui:
  • Penilaian dan evaluasi
  • Pengesanan awal
  • Muskuloskeletal seperti osteoarthritis, deformity / abnormality, posture, spinal deformity dan gait
  • Kondisi Kardiorespiratori
  • Delayed milestone seperti cerebral palsy, neurodevelopmental delay dan lain-lain
  • Kesihatan Wanita & Lelaki
  • Penyakit tidak berjangkit
  • Merangka dan melaksanakan program senaman untuk meningkatkan kecergasan kardiovaskular dan kardiorespiratori, senaman joint protection untuk mengekalkan kekuatan dan keanjalan otot supaya dapat mengurangkan bebanan kepada sendi terutamanya weight bearing joint
  • Aktiviti yang melibatkan penjaga
  • Melakukan tunjuk ajar teknik-teknik pengendalian rawatan dan penjagaan pesakit seperti:
  • Positioning yang betul dan terapeutik, teknik mengangkat dan mengalih.
  • Pergerakan aktif dan pasif
  • Menangani stres dengan teknik relaksasi
  • Mewujudkan kumpulan sokongan (support group)

KEMUDAHAN UNIT

 

  • Kemudahan Fizikal
    Ruang perawatan mengikut fungsi bilik yang bersesuaian kerana masih berkongsi dengan Bilik Rekod Klinik
  • Peralatan Perubatan
    Peralatan Fisioterapi yang asas untuk kegunaan di Unit Fisioterapi.
  • Peralatan Bukan Perubatan
    Meja Penilaian Pesakit dan Kerusi.
    Rak-rak Buku (Penyimpanan Rekod Klinik Kesihatan Bandar Kuantan)

Pautan

Hits: 2742

Tempah Temujanji Sekarang
Call Now Button