Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan di Wisma Belia Kuantan

Seiring dengan perlaksanaan Program Vaksinasi Covid-19 yang dijalankan di seluruh negara, Pahang juga tidak terlepas dari menjalankan program tersebut apabila program vaksinasi fasa kedua telah berjaya dijalankan bertempat di Wisma Belia, Indera Mahkota, Kuantan. 

Program tersebut yang bertujuan untuk mewujudkan imuniti kelompok dalam komuniti khususnya bagi warga Kuantan telah mendapat sokongan yang amat memberangsangkan. Kehadiran yang direkodkan untuk mengambil vaksin bagi dos pertama dan kedua kian meningkat dari semasa ke semasa seterusnya memberi indikasi peningkatan tahap kesedaran warga Kuantan dalam membendung wabak Covid-19.

Program yang julung kalinya diadakan ini juga telah mendapat kerjasama dari petugas barisan hadapan dari Klinik Kesihatan Bandar Kuantan bersama-sama Klinik Kesihatan yang lain di daerah Kuantan serta beberapa sukarelawan dari pelbagai pihak yang berganding bahu demi menjayakan program ini.

“Lindungi diri, Lindungi Semua”

Hits: 3891

Call Now Button