KOSPEN PLUS

Intervensi Faktor Risiko Penyakit Tidak Berjangkit Di Tempat Kerja

Program KOSPEN Plus adalah merupakan program intervensi faktor risiko untuk membentuk amalan budaya hidup secara sihat dalam kalangan majikan dan pekerja

Matlamat

Menurunkan prevalens penyakit tidak berjangkit  dan faktor risikonya di kalangan pekerja bagi membina warga kerja yang sihat dan produktif dengan persekitaran budaya kerja yang menyihatkan melalui pemerkasaan majikan dan pekerja.

Objektif

  • Mendekatkan dan meluaskan capaian program kesihatan di tempat kerja bagi membentuk  pekerja yang sihat dan produktif
  • Membentuk pekerja sihat dan produktif melalui penerapan polisi kesihatan, pewujudan persekitaran yang menjurus kepada pembudayaan amalan gaya hidup sihat.
  • Menambah nilai program , promosi  dan aktiviti kesihatan pekerjaan melalui penerapan elemen pendidikan asas pencegahan dan prosedur mudah pengesanan faktor risiko penyakit tidak berjangkit.
  • Mewujudkan sekumpulan pasukan penyelaras terlatih di kalangan pekerja

Amalan Pemakanan Sihat

  • Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat (PHSSM)
  • Kafeteria Sihat

Amalan Tidak Merokok

  • Persekitaran Tempat Kerja Yang Bebas Dari Sebarang Bentuk Amalan Merokok
  • Galakkan Pekerja Yang Merokok Berhenti Merokok

Hidup Yang Aktif

  • Trek Laluan Pejalan Kaki
  • Jom Guna Tangga
  • X-Break
  • Aktiviti Fizikal Berjadual

Pengurusan Berat Badan

  • Intervensi Pemakanan Sihat
  • Intervensi Hidup Yang Aktif
  • Motivasi Pengekalan Diri

Saringan Kesihatan

  • Laksanakan Saringan Kesihatan
  • Peralatan saringan
  • Sudut Kendiri dan informasi kesihatan

Minda Sihat

  • Penilaian Risiko
  • Mengenalpasti dan Pengendalian Stres di Tempat Kerja
  • Sudut Minda Sihat

Persekitaran Tempat Kerja Sihat

  • Kemudahan infrastruktur yang ada di persekitaran tempat kerja dalam menyumbang persekitaran tempat kerja yang sihat.

  • Kesedaran mengenai gaya hidup sihat.

  • Kesedaran untuk menggunakan kemudahan infrastruktur yang ada.

Pencegahan & Pengurangan Kemudaratan Alkohol (CEKAL)

  • Pendedahan penggunaan, penyalahgunaan dan kebergantungan alkohol.

  • Pendedahan kesan pengambilan alkohol.

  • Melatih melaksanakan saringan penggunaan alkohol.

  • Intervensi mencegah kemudaratan alkohol berdasarkan tahap risiko.

Hits: 2568

Tempah Temujanji Sekarang
Call Now Button