PENGENALAN PPD
Perkhidmatan Perawatan Domisiliari(PPD) adalah satu perkhidmatan perawatan holistik yang diberikan kepada kes stabil yang terlantar dan memerlukan kesinambungan penjagaan serta perawatan selepas discaj daripada hospital atau rujukan dari klinik kesihatan.
Perawatan pesakit dijalankan di rumah sebagai kesinambungan dari rawatan hospital dan dijalankan oleh anggota kesihatan yang dilatih. Di samping menjalankan rawatan, anggota kesihatan juga akan memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada penjaga supaya perawatan dan penjagaan dapat diteruskan oleh penjaga selepas tempoh tertentu.
Objektif Umum:
Untuk membantu dalam perawatan dan penjagaan pesakit yang terlantar di rumah ke arah meningkatkan kualiti hidup pesakit.
Objektif Khusus:
- Untuk memberi panduan dan tunjuk ajar kepada pesakit dan keluarga bagi meningkatkan penjagaan kendiri.
- Untuk membantu pesakit meneruskan rawatan (continuity of care) dan penjagaan di rumah sebagai kesinambungan rawatan selepas discaj dari hospital.
- Untuk menggalakkan penyertaan keluarga dan masyarakat dalam pengendalian pesakit terlantar bagi mengurangkan kemasukan semula ke hospital.


- Perkhidmatan Perawatan Domisiliari(PPD) dijalankan oleh pasukan yang ditempatkan di klinik kesihatan yang dikenalpasti
- Perkhidmatan ini akan merangkumi kesemua penduduk yang tinggal di dalam kawasan operasi sesebuah klinik kesihatan.
- Perkhidmatan ini diberi kepada kes yang dirujuk oleh Pakar/Pegawai Perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan yang memerlukan penjagaan berterusan di rumah.
- Perkhidmatan ini dilaksanakan dengan kerjasama di antyara hospital dan pejabat kesihatan.
- Bagi kes yang memerlukan perawatan di rumah, pesakit akan didiscaj dengan surat rujukan berserta pelan perawatan.
- Penyelaras PPD Hospital perlu memaklumkan kepada penyelaras PPD PKD terlebih dahulu sebelum pesakit tersebut didiscajkan dari hospital.
- Pesakit yang memenuhi kriteria akan didaftar dengan PPD klinik kesihatan.
- Perkhidmatan akan dimulakan dalam masa tidak lebih daripada tiga(3) hari bekerja daripada penerimaan surat rujukan.
- Perkhidmatan PPD dilakukan dalam waktu pejabat (8.00 am- 5.00 pm).
- Pelan perawatan menyeluruh (perubatan dan sosial) perlu disediakan bagi setiap kes berdasarkan rujukan dari Pakar/Pegawai Perubatan.
- Perkhidmatan PPD akan dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan pelbagai disiplin.
- Semasa melakukan PPD semua sisa klinikal hendaklah dilupuskan mengikut Garis panduan Disinfection & Sterilization Policy & Practice.
- Bagi menangani masalah keselamatan, lawatan PPD dibuat secara berpasukan sekurang-kurangnya dua orang.
Skop perkhidmatan merangkumi:
- Perawatan
Perkhidmatan perawatan termasuk latihan teknik mencegah berlakunya kudis tekanan, pendidikan mengenai rawatan luka dan penjagaan kebersihan, menukar tiub nasogastrik, kateter uretrhal, pemeriksaan glukos darah dan mengambil tekanan darah serta penyediaan sokongan emosi. - Rehabilitasi
Aktiviti rehabilitasi bagi kes yang memerlukan termasuk rehabilitasi pergerakan aktif dan pasif serta latihan activity of daily living (ADL). - Palliatif
Perkhidmatan ini merangkumi perawatan yang melibatkan penjagaan paliatif
Aktiviti yang dilaksanakan:
- Pendaftaran kes
- Penilaian kes
- Prosedur perawatan
- Ujian makmal bagi point of care test (RBS)
- Promosi kesihatan, pendidikan kesihatan dan khidmat nasihat
- Pemakanan dan dietetik
- Rehabilitasi
- Latihan bagi penjaga
- Rujukan agensi berkenaan
Kriteria Kemasukan Pesakit ke PPD
- Warganegara Malaysia
- Kes dirujuk dari hospital kerajaan/ klinik kesihatan ke PPD
- Mempunyai alamat rumah yang jelas
- Mempunyai penjaga yang sesuai
- Tinggal dalam kawasan operasi
- Mendapat kebenaran bertulis dari penjaga.
Kriteria Penjaga:
- Waras dan berupaya
- Faham dan perlu patuhi polisi PPD
- Perlu ada bersama semasa lawatan PPD ke rumah
- Bersedia untuk belajar prodesur penjagaan pesakit mengikut kepeluan seperti Ryles Tube feeding, mencuci luka, penjagaan kudis tekanan dan lain-lain.
Kriteria Discaj dari PPD
- Maksima perkhidmatan diberikan selama 3 bulan.
- Kes boleh didiscaj apabila penjaga mampu mengambil alih penjagaan pesakit.
- Atau mana-mana terdahulu.
Perkhidmatan Perawatan Domisiliari dikecualikan dari bayaran caj perkhidmatan seperti dalam surat Kementerian Kewangan Malaysia KK/BP/WAI(S)/09/692/79Jld.5 sk.2/2013(1b) bertarikh 7 Jun 2013) (Lampiran X) iaitu:
- Perkhidmatan yang mempunyai kesinambungan kepada rawatan yang telah diberikan semasa pesakit berada di wad dan lawatan tersebut telah dirancang terlebih dahulu dan telah dipersetujui oleh pakar-pakar demi kebaikan pesakit.
- Perawatan pesakit di rumah oleh Pegawai Pemulihan/Jurupulih Perubatan (Carakerja dan Anggota) iaitu jagaan kejururawatan/rehabilitasi yang diberikan untuk memastikan kesinambungan penjagaan kesihatan (continuous care) dan lain-lain aktiviti termasuk kes-kes terlantar (bedridden), Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas.
Hits: 12350