
Penjagaan Warga Emas Di Institusi (NBOS7)
Definisi warga emas adalah mereka yang berumur 60 tahun ke atas seperti yang diterima pakai dalam United Nations World Assembly on Ageing di Vienna (PBB, 1982) dan dalam kalangan negara-negara ASEAN.
1. Pusat Jagaan Orang Tua
- Lawatan secara rutin telah dilakukan ke atas beberapa buah pusat jagaan orang tua di bawah lokaliti Klinik Kesihatan Bandar Kuantan. Lawatan dilakukan pada setiap hari Rabu pada pukul 2.30 ptg sehingga 4.30 ptg.
- Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang lawatan tersebut adalah :
- Pemeriksaan kesihatan secara berkala
- Senaman dan pergerakkan penghuni warga emas
- Penjagaan kejururawatan penghuni warga emas
- Dokumentasi kesihatan penghuni warga emas
- Bekalan ubat dan rawatan kepada warga emas yang memerlukan
- Rujukan ke klinik/hospital sekiranya perlu
- Saringan tibi
- Setiap lawatan yang dibuat akan dianggotai oleh beberapa anggota kesihatan dari Klinik Kesihatan Bandar Kuantan yang terdiri daripada :
- Pegawai Perubatan
- Penolong Pegawai Perubatan
- Pegawai Farmasi
- Jurupulih Cara Kerja
- Fisioterapi
- Lokasi pusat jagaan orang tua :
- Grannies Old Folks Home 1, A-489 Jln Teluk Sisek
- Grannies Old Folks Home 3, A-489 Jln Teluk Sisek
- Grannies Old Folks Home 4, Lorong Selamat 30
2. Saringan Kesihatan Warga Sihat (BSSK)
- Perkhidmatan Kesihatan Berintegrasi atau Bersepadu yang diperkenalkan pada tahun 2008 bertujuan untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang komprehensif dan mengurangkan beban penyakit. Pencapaian komponen saringan dan intervensi risiko kesihatan secara berintegrasi menjadi pengukur keberkesanan pendekatan ini.
- Saringan ini dilaksanakan menggunakan Borang Saringan Status Kesihatan (BSSK) untuk:
• Remaja (10 hingga 19 tahun)
• Dewasa Lelaki (20 hingga 59 tahun)
• Dewasa Wanita (20 hingga 59 tahun)
• Warga Emas (60 tahun ke atas) - Saringan ini dijalankan di :
• Klinik Kesihatan (semua kategori)
• Klinik 1 Malaysia (Dewasa & Warga Emas)
• Sekolah (Remaja)
• Komuniti (semua kategori) - Objektif:
• Pengesanan awal faktor risiko
• Pengesanan awal penyakit
• Pengurusan awal penyakit untuk mengelakkan komplikasi
- Fokus saringan:
• Sejarah Perubatan/Pembedahan/Reproduktif (peribadi dan keluarga)
• Corak Pemakanan
• Aktiviti Fizikal
• Pengambilan Bahan / Ubatan
• Kesihatan Mental
• Ukuran Biometri
Hits: 1702