Program Warga Emas Sihat Ceria

PROGRAM WARGA EMAS SIHAT CERIA

Merupakan program berkala yang diadakan pada hari Jumaat minggu keempat setiap bulan  jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi. Sasaran program merupakan  individu dalam masyarakat setempat di daerah Kuantan, terutamanya kepada komuniti warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas .

OBJEKTIF

OBJEKTIF UMUM

Merancang dan memberi sokongan kepada semua warga emas yang merangkumi aspek fizikal, mental dan sosial untuk mengurangkan ketidakupayaan dan meningkatkan tahap berdikari mereka.

OBJEKTIF KHUSUS

  1. Merancang dan memberi sokongan tentang kesihatan warga emas yang komprehensif merangkumi penjagaan promotif, pencegahan dan pemulihan kepada warga emas.
  2. Meningkatkan kesedaran terhadap masalah kesihatan dan penjagaan warga emas.
  3. Mewujud dan meningkatkan kerjasama antara Ahli Kelab Warga Emas dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam merancang dan melaksanakan program kesihatan warga emas.
  4. Meningkatkan pengetahuan dan penglibatan masyarakat tentang masalah kesihatan dan penjagaan warga emas.

Statistik bilangan peserta

  •  2016 – 63 orang
  • 2017  -121 orang
  • 2018 – 150 orang
  • 2019 – 139 orang

AKTIVITI PROGRAM

  1. Saringan Kesihatan
    • Saringan BSSK
    • Saringan Risiko Jatuh
    • Saringan Antropometri [(BMI), Ukurlilit Pinggang/ Punggung, Peratusan Lemak Badan]
    • Tekanan Darah, Saringan Dxt
  2. Sesi senamrobik (Aerobic vs Chairobic)
  3. Therapeutic Break
  4. Ceramah Pendidikan Kesihatan
  5. Ujian Kecergasan Warga Emas
  6. Outdoor Activities
  7. Sambutan Hari Lahir/Jamuan Hari Raya

Hits: 2877

Tempah Temujanji Sekarang
Call Now Button