SARINGAN TALASEMIA MURID TINGKATAN 4

Saringan Talasemia Murid Tingkatan 4 bertujuan bagi mengenalpasti pembawa Talasemia di kalangan murid Tingkatan 4. 

PROSEDUR:

  1. Sebelum ujian dijalankan, anggota kesihatan akan memberi penerangan berkaitan Talasemia kepada murid Tingkatan 4 di sekolah.
  2. Semua murid WAJIB mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga sebelum ujian dilakukan.KKM tidak akan menjalankan ujian, sekiranya ibu bapa tidak memberikan kebenaran. 
  3. Sebanyak 3ml darah akan diambil untuk tujuan ujian.
  4. Ujian lanjutan akan dijalankan ke atas sampel darah yang disyaki Talasemia untuk tujuan pengesahan.
  5. Kad saringan Talasemia akan diberikan kepada murid selepas keputusan ujian diperolehi
  6. Anggota kesihatan akan menyerahkan surat rujukan kepada murid yang dikenalpasti bagi menjalani kaunseling dan rawatan lanjutan di klinik kesihatan bersama ibu bapa/penjaga. 
Carta Alir Proses Kerja Persediaan Sebelum Ujian Saringan Talasemia di Sekolah
Carta Alir Proses Kerja Pengambilan Darah Bagi Ujian Saringan Talasemia di Sekolah
Carta Alir Proses Kerja Pengendalian Sampel Ujian Saringan Talasemia Oleh Makmal Klinik Kesihatan
Carat Alir Proses Kerja Pemberitahuan Keputusan Ujian di Sekolah
Carta Alir Pengendalian Keputusan Ujian Saringan Talasemia di Klinik Kesihatan

Hits: 19692

Tempah Temujanji Sekarang
Call Now Button