tibi coe

Klinik Tibi merupakan perkhidmatan yang penting dalam  perawatan pesakit di bahagian kesihatan primer. Unit ini memberi perkhidmatan mengesan pesakit Tibi, menjaga dan merawat pesakit Tibi, mengesan dan merawat kontak kepada pesakit Tibi serta mengurangkan kadar penyakit Tibi dalam masyarakat.

 

Unit Tibi KKBK telah terpilih sebagai perintis Pusat Kecemerlangan Tibi negeri Pahang bermula Mac 2019. Ini merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia di mana keutamaannya ialah dalam aspek pengetahuan kakitangan, sistem penyampaian kesihatan yang komprehensif, rawatan berkualiti , mengutamakan pesakit, serta pengurusan kontak yang optimum. 

 

 

Objektif

        Umum:

     Menjadikan TB CoE sebagai pusat kecemerlangan bagi pengesanan dan pengurusan kes Tibi di Pahang.

         Khusus:


1.    Memastikan kesemua kakitangan adalah terlatih dan berpengetahuan tentang penyakit Tibi.

2.   Memastikan semua kes menjalani saringan awal serta menerima rawatan yang komprehensif.

3.   Memastikan sistem surveilans yang cekap dan cepat serta pengurusan kontak yang berkesan.

4.    Mengoptimumkan fasiliti serta amalan bagi mencegah berlakunya transmisi Tibi di fasiliti.

5.    Meningkatkan kesedaran komuniti tentang penyakit Tibi.

6.    Menjalankan penyelidikan berterusan bagi menambahbaik perkhidmatan.
dan merawat kontak kepada pesakit Tibi serta mengurangkan kadar penyakit Tibi dalam masyarakat.

PERKHIDMATAN

Klinik Kesihatan Bandar Kuantan menyediakan pelbagai perkhidmatan dan aktiviti yang boleh dijalankan di Klinik Tibi seperti :

  • Directly Observed Treatment (D.O.T)
  • Saringan Tibi :
    1. Ujian kahak (Isnin – Jumaat)
    2. Ujian mantoux (Isnin,Selasa dan Jumaat)
    3. Ujian Xray (Isnin – Jumaat)
  • Rawatan Pesakit Tibi
  • Rawatan Kontak Pesakit Tibi
  • Saringan Komuniti / Kem Kesihatan

WAKTU OPERASI

Perkhidmatan Klinik Tibi di Klinik Kesihatan Bandar Kuantan beroperasi mengikut waktu pejabat yang telah ditetapkan seperti berikut:

Hari Isnin hingga Jumaat, 8.00 pg – 5.00 ptg

*Waktu rehat (Isnin – Khamis) 1.00 ptg – 2.00 ptg
*Waktu rehat (Jumaat) 12.15 tgh – 2.45 ptg

Klinik Tibi ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan hari Cuti Umum

Pautan Awam

Pautan Warga

Hits: 873

Tempah Temujanji Sekarang
Call Now Button