Sambutan Hari AIDS Sedunia 2018

13 November 2018 telah terpilih sebagai Sambutan Hari AIDS Sedunia Peringkat PKD Kuantan pada tahun ini. Sambutan ini telah dianjurkan oleh Unit HIV/AIDS PKD Kuantan dan diadakan di Ruang Legar Kuantan Parade Kuantan. Pelbagai aktiviti dan pameran kesihatan telah diadakan termasuklah Pertandingan Poster, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Explorace, Derma Darah. 

Pn Tou Pui Yee, Pegawai Farmasi KKBK yg telah menyertai Pertandingan Poster bertemakan ‘Ending Aids 2016-2013. Together We Can End AIDS Epidemic By 2030’ berjaya meraih tempat kedua. Selain beliau, terdapat 17 penyertaan lain daripada warga KKBK.

Hits: 478

Tempah Temujanji Sekarang
Call Now Button