Sambutan Hari Hipertensi Sedunia 2022
Sambutan ini telah dianjurkan oleh warga Klinik Kesihatan Bandar Kuantan dengan kerjasama KIUB dan ia bertempat di Taman Gelora, Kuantan pada 12 Jun 2022. Pelbagai aktiviti telah diadakan dalam program ini termasuklah senamrobik, saringan kesihatan, pelbagai jenis pameran seperti booth klinik berhenti merokok, booth pemakanan, booth kenali ubat anda, booth pemulihan cara kerja dan booth kesihatan minda.