
Dr adienuar ahmad norawi @Mohamed
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Selamat datang ke Laman Web Rasmi Klinik Kesihatan Bandar Kuantan, Jalan Bukit Sekilau Kuantan, Pahang.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya laman web rasmi KKBK berjaya dilancarkan. Pembangunan Laman Web KKBK ini bertujuan untuk menyalurkan maklumat berkaitan perkhidmatan yang disediakan, meninjau isu-isu kesihatan semasa dan aktiviti-aktiviti promosi kesihatan terkini yang dapat dikongsi bersama oleh seluruh lapisan masyarakat dan di kalangan anggota KKBK sendiri.
Ianya merupakan suatu usaha inovatif bagi mempertingkatkan imej Klinik Kesihatan sebagai institusi kesihatan yang menyediakan perkhidmatan kesihatan primer baik dari segi aspek perawatan, pencegahan penyakit melalui kempen mahupun saringan kesihatan yang dijalankan . Adalah diharapkan agar penyampaian maklumat dapat disalurkan dengan lebih berkesan selari dengan trend informasi teknologi semasa. Semoga dengan adanya Laman Web ini, anggota masyarakat dapat melihat perkhidmatan yang diberikan secara lebih menyeluruh di samping meningkatkan lagi imej KKBK di masa hadapan.
Saya juga mengalu-alukan sebarang cadangan, penambahbaikan dan pandangan yang membina untuk memantapkan lagi maklumat di dalam Laman Web ini. Selamat melayari Laman Web rasmi Klinik Kesihatan Bandar Kuantan, Pahang.
Profesionalisma, Kerja Berpasukan dan Penyayang, Budaya Kerja KKBK!
Dr Adienuar Bin Ahmad Norawi @ Mohamed
Pakar Perunding Perubatan Keluarga Jusa C
Klinik Kesihatan Bandar Kuantan
Hits: 1215