SARINGAN TALASEMIA MURID TINGKATAN 4
Saringan Talasemia Murid Tingkatan 4 bertujuan bagi mengenalpasti pembawa Talasemia di kalangan murid Tingkatan 4.
PROSEDUR:
- Sebelum ujian dijalankan, anggota kesihatan akan memberi penerangan berkaitan Talasemia kepada murid Tingkatan 4 di sekolah.
- Semua murid WAJIB mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga sebelum ujian dilakukan.KKM tidak akan menjalankan ujian, sekiranya ibu bapa tidak memberikan kebenaran.
- Sebanyak 3ml darah akan diambil untuk tujuan ujian.
- Ujian lanjutan akan dijalankan ke atas sampel darah yang disyaki Talasemia untuk tujuan pengesahan.
- Kad saringan Talasemia akan diberikan kepada murid selepas keputusan ujian diperolehi
- Anggota kesihatan akan menyerahkan surat rujukan kepada murid yang dikenalpasti bagi menjalani kaunseling dan rawatan lanjutan di klinik kesihatan bersama ibu bapa/penjaga.





Hits: 22839