PENGENALAN
Selain perkhidmatan bekalan ubat kepada pesakit, farmasi Klinik Kesihatan Bandar Kuantan turut menyediakan perkhidmatan kaunselling ubat-ubatan kepada pesakit dan pelbagai perkhidmatan tambah nilai (VAS- Value Added Services) untuk memudahkan pesakit mendapatkan bekalan ubat susulan.
- Farmasi Ambulatori perlu menyediakan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang optimum melalui pemberian ubat yang tepat, betul, efektif, selamat dalam masa yang ditetapkan dengan kuantiti yang mencukupi.
- Ianya termasuk penyaringan preskripsi, membuat intervensi terhadap sebarang masalah preskripsi dengan preskriber (doktor) bila perlu, pengisian ubat yang betul, semak silang ubat dan pendispensan.
- Memberikan maklumat berkaitan ubat melalui perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan dan pendidikan kesihatan kepada pelanggan dan penjaga untuk meningkatkan keberkesanan rawatan dalam meningkatkan kualiti penggunaan ubat
Kami berjanji:
- Setiap pelanggan akan dilayan secara professional tanpa mengira keturunan, agama atau taraf sosio ekonomi.
- Memastikan ubat-ubatan dibekalkan kepada pelanggan dalam masa 30 minit.
- Setiap pelanggan layak menyertai program sistem temujanji farmasi atau Pharmacy Appointment System (PHAS) yang ditawarkan untuk mendapat bekalan ubat susulan.

Waktu Pungutan Ubat
Anda boleh mendapatkan bekalan ubat dari kaunter farmasi mengikut waktu pungutan ubat yang ditetapkan

Pendispensan
Ubat-ubatan
Anda boleh mendapat maklumat mengenai prosedur pembekalan ubat di kaunter farmasi

Khidmat Nasihat (Kaunselling)
Ubat-ubatan
Anggota farmasi akan memberi khidmat nasihat ubat-ubatan kepada pesakit apabila diperlukan.

Perkhidmatan
Tambah Nilai Farmasi
(Value Added Service,VAS)
Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan tambah nilai untuk memudahkan anda mendapatkan bekalan ubat susulan.

Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC)
Kami menyediakan perkhidmatan untuk pesakit kencing manis (DMTAC) dan pesakit memerlukan ubat warfarin

Keselamatan Pengubatan Pesakit (Kad Alahan)
Anda akan diberi kad alahan ubat sekiranya mempunyai reaksi alahan terhadap ubat-ubatan atas nasihat doktor

Penggunaan Ubat Berkualiti - Pengguna
Anda boleh mendapat maklumat mengenai “Kempen Kenali Ubat Anda”.

Program Pemulangan Ubat
Anda boleh memulangkan ubat yang tidak diperlukan lagi kepada kami untuk dilupuskan dengan cara yang selamat
PAUTAN
Hits: 1560