
6. KESELAMATAN PENGUBATAN PESAKIT (ALAHAN UBAT)
Apakah Alahan Ubat?
Alahan ubat merupakan kesan tidak diingini yang berlaku akibat tindak balas ketahanan badan terhadap ubat tertentu yang diambil
Tanda dan Kesan Alahan Ubat
- Reaksi alahan ubat-ubatan tidak berlaku kepada semua orang dan mungkin berbeza bagi setiap individu
- Ia terdiri daripada ruam biasa, kegatalan pada kulit atau mata, bengkak pada bibir, lidah, mata atau muka.
- Ia juga boleh menjadi serius sehingga mengancam nyawa.
Contoh Alahan Ubat:
-
Ruam
- Alahan ubat yang paling kerap berlaku
-
Lepuh (Blister)
- Ia amat menyakitkan dan biasanya menyebabkan permukaan kulit melecet
-
Sindrom Stevens-Johnson (SJS)
- Merupakan reaksi yang bermula dengan lepuh dan menyebabkan pengelupasan kulit yang serius
-
Anafilaksis
- Tindak balasnya termasuk kesukaran bernafas, resah,berdebar-debar, loya, muntah, bengkak, kekejangan otot dan pitam.
- Tindak balas ini berlaku dengan sangat pantas dan boleh membawa maut.
PERINGATAN: Sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas, sila dapatkan nasihat doktor
Apakah Yang Perlu Dilakukan?
- Berhenti mengambil ubat yang menyebabkan alahan dengan serta-merta.
- Rujuk kepada doktor atau ahli farmasi tentang alahan ubat anda.
- Bawa bersama-sama ubat yang diambil untuk pengesahan
Sekiranya anda mempunyai KAD ALAHAN UBAT, sila bawa bersama-sama dan tunjuk kad tersebut semasa mendapatkan rawatan atau bekalan ubat.
Objektif Pengesanan dan Pengeluaran Kad Alahan Ubat
- Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM mewujudkan satu sistem yang seragam untuk mengesan pesakit dengan alahan ubat. Pesakit akan diberikan kad alahan ubat untuk memaklumkan anggota kesihatan di sektor awam atau swasta mengenai alahan ubat yang dialami pesakit
- Mengurangkan risiko pesakit daripada mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan alahan.
- Mewujudkan daftar pesakit yang mengalami alahan ubat
- Mendidik pesakit mengenai peranan yang boleh dimainkan berhubung alahan ubat-ubatan.




ke Perkhidmatan Yang Ditawarkan
ke main page Pengenalan Unit Farmasi
Hits: 719