
5. MEDICATION THERAPY ADHERENCE CLINIC (MTAC)
OBJEKTIF
- Untuk meningkatkan kepatuhan pesakit terhadap ubat-ubatan
PENGENALAN
- Perkhidmatan ini juga melibatkan kolaborasi di antara pegawai farmasi dan pegawai perubatan (doktor) di dalam memberi penjagaan farmaseutikal kepada pesakit.
- MTAC dilaksanakan oleh pegawai farmasi dengan menjalankan pemonitoran terapi ubat-ubatan dan pemberian maklumat kepada pesakit dengan meningkatkan pemahaman pesakit tentang rawatan farmakoterapi dan memberikan motivasi agar pesakit mempunyai persepsi yang positif tentang penyakit dan rawatan yang diterima.
- Perkhidmatan ini juga melibatkan rundingan secara klinikal, dan pengubahan dos bagi sesetengah ubat seperti insulin dan warfarin.
Siapakah yang boleh menyertai DMTAC?
- Pesakit kencing manis yang menghidap penyakit lain
- Pesakit kencing manis yang mengambil pelbagai jenis ubat
- Paras gula darah tidak terkawal
- Memerlukan lebih kefahaman ubat-ubatan diabetes
- Mengalami kesan sampingan ubat & insulin
- Tidak patuh pada terapi pengubatan
Apakah faedah jika menyertai DMTAC?
- Mengenali ubat-ubatan diabetes dan kesan sampingannya
- Memahami sasaran kawalan gula, paras kolesterol dan tekanan darah
- Mendapat khidmat nasihat bagi mengawal terapi ubat-ubatan mereka supaya taraf kesihatan dapat dikekalkan dan ditingkatkan serta mengelakkan dan mengurangkan masalah berhubungkait dengan ubat-ubatan
- Mendapat kaunseling berkaitan pengubahsuaian dos insulin mengikut paras gula darah, sekiranya perlu
- Menambah pengetahuan dan informasi mengenai penyakit diabetes dan komplikasinya
- Membantu ke arah mencapai sasaran paras gula darah yang optimum
Apa itu Warfarin?
Warfarin adalah ubat yang menghalang pembekuan darah. Ia juga dikenali sebagai ubat cair darah. Ubat cair darah menghalang dari berlakunya pembekuan darah yang tidak normal.
Mengapa anda memerlukan ubat Warfarin?
Mungkin mempunyai masalah/risiko berlakunya pembekuan darah tidak normal, contoh:-
- Atrial fibrillation: degupan jantung tidak teratur
- Heart- valve replacement: gantian injap jantung
- Deep vein thrombosis: darah beku di kaki
- Pulmonary embolism: darah beku di paru-paru.
Tablet warfarin tidak berupaya mencairkan darah beku yang sudah terbentuk tetapi boleh mengelakkan darah beku tersebut daripada menjadi lebih besar dengan menghalang pembekuan darah yang baru.
Anda mungkin mengambil warfarin untuk tujuan lain. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk kepada Pegawai Perubatan atau Pegawai Farmasi anda.
Objektif MTAC Warfarin
- Membantu ke arah mencapai sasaran kepekatan darah – International Normalized Ratio (INR) yang optimum
- Membantu pesakit mendapat manfaat daripada ubat cair darah Warfarin dan pada masa yang sama mengurangkan kesan sampingan ubat tersebut.
- Melibatkan rundingan secara klinikal dengan pegawai perubatan (doktor) dan pengubahan dos warfarin


ke Perkhidmatan Yang Ditawarkan
ke main page Pengenalan Unit Farmasi
Hits: 880