
8. PROGRAM PEMULANGAN UBAT
Pengenalan
Pada tahun 2010, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM telah melaksanakan Program Pemulangan Ubat.
Pesakit boleh memulangkan ubat-ubatan yang tidak digunakan atau berlebihan untuk dilupuskan dengan cara yang selamat.
Faktor Ubat Berlebihan dalam Simpanan Pesakit
- Pertukaran regimen rawatan
- Pemberhentian rawatan
- Pesakit tidak komplian/patuh terhadap pengubatan
- Pesakit meninggal dunia
- Ubat diperolehi dari pelbagai sumber
Cara / Kaedah mengurangkan pembaziran ubat
- Mengambil ubat yang diberikan mengikut dos dan masa yang ditetapkan oleh doktor
- Mengenalpasti ubat berlebihan di rumah, hanya ambil ubat yang diperlukan semasa mengambil ubat susulan di farmasi

ke Perkhidmatan Yang Ditawarkan
ke main page Pengenalan Unit Farmasi
Hits: 437