
2. PENDISPENSAN UBAT
Adalah menjadi keperluan anggota farmasi untuk memastikan setiap preskripsi yang diterima dilengkapi dengan maklumat berikut sebelum ubat disediakan dan didispen. Ini bagi memastikan keselamatan pesakit dan keberkesanan ubat-ubatan yang diberikan.
- Biodata pesakit
- Diagnosis
- Maklumat ubat yang dipreskrib (Nama generik ubat, Dos, Frekuensi, Cara pengambilan ubat)
- Tempoh preskripsi
- Pengesahan preskriber (Nama, tandatangan dan cop)
- Tarikh preskripsi dikeluarkan
Sekiranya terdapat sebarang masalah pada preskripsi ubat, pegawai farmasi akan mendapatkan persetujuan daripada preskriber (doktor) untuk membuat intervensi. Semua ubat perlu disemak silang dan diverifikasi oleh pegawai farmasi sebelum didispen. Semasa proses pembekalan ubat, anggota farmasi akan menjelaskan kaedah pengambilan ubat secara selamat dan berkualiti kepada pesakit.







Previous
Next
ke Perkhidmatan Yang Ditawarkan
ke main page Pengenalan Unit Farmasi
Hits: 901