
7. PENGGUNAAN UBAT BERKUALITI-PENGGUNA
Pengenalan Kempen Kenali Ubat Anda
Kempen Kenali Ubat Anda diadakan kerana terdapatnya penggunaan ubat secara tidak rasional di kalangan pesakit dan orang awam dan perkara ini bukan sahaja membahayakan kesihatan awam, malahan membawa kesan sampingan yang kurang baik terhadap ekonomi.
Objektif
- meningkatkan kesedaran pengguna dalam penggunaan ubat secara rasional
- menyediakan pengguna dengan maklumat yang berkaitan kesihatan dan ubat melalui pelbagai isu
- memastikan pengguna mengetahui ubat yang diambil, apa yang sepatut dan tidak patut diambil dan sebabnya
- meningkatkan pelaporan kesan sampingan ubat melalui pendidikan pesakit
- meningkatkan ilmu pengetahuan dalam penggunaan ubat oleh ibu mengandung, ibu yang menyusu anak-anak dan kanak-kanak
- membantu warga emas dalam penggunaan ubat
Kumpulan Sasaran
Kepada semua pengguna yang prihatin tentang kesihatan mereka dan kesihatan orang yang dikasihi.
Aktiviti
- Aktiviti pameran dan ceramah ‘Kenali Ubat Anda’
- Tinjauan dan kajian mengenai persepsi dan pengetahuan pengguna terhadap ubat
- Promosi berterusan di media massa



















Previous
Next
link Laman Web Rasmi "KENALI UBAT ANDA" Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM
www.knowyourmedicine.gov.my
ke Perkhidmatan Yang Ditawarkan
ke main page Pengenalan Unit Farmasi
Hits: 482